Blogger Layouts

Sunday, April 10, 2011

Dr Irfan Khairi

JUTAWAN INTERNET




Irfan Khairi mendapat ijazah Sarjana Muda Multimedia Design dari Staffordshire University, United Kingdom. Selepas mendapat ijazah, Irfan telah menerima tawaran bekerja di salah satu syarikat IT terbesar di Birmingham, Netmedia (UK) Ltd [1]. Sebagai pereka sistem multimedia dan perunding Internet, beliau merupakan salah seorang daripada pasukan yang bertanggungjawab mereka cipta sistem pembelajaran Internet untuk sekolah-sekolah di United Kingdom yang dinamakan Learning Grid. Pada ketika ini, lebih dari 5,000 sekolah-sekolah di United Kingdom menggunakan sistem Learning Grid tersebut.



Oleh kerana minat dan latar belakangnya yang mendalam dalam bidang Internet dan perniagaan, beliau memulakan perniagaannya sendiri di Internet secara sambilan pada tahun 1999.





Selepas mendapati pendapatan dari perniagaan Internetnya adalah lebih menguntungkan berbanding pendapatan bekerja 9-5, beliau mengambil keputusan untuk menumpukan perhatian kepada perniagaan Internet miliknya selepas 1 tahun beroperasi.Selepas setahun beliau menumpukan kerja sepenuh masa dari rumah dengan hanya menggunakan laptop dan Internet. Dalam masa tiga tahun beliau memperoleh untung bersih RM1 juta daripada modal awal RM500 ketika berusia 25 tahun. 



Perniagaan Internet beliau di bawah nama IdeaBubble, sehingga kini telah berkhidmat untuk lebih dari 3,000 pelanggan dari serata dunia. Kebanyakannya dari USA, UK, negara-negara Eropah, hingga ke Timur Tengah, Jepun dan Australia . Antara perniagaan-perniagaan yang berjaya termasuk merekacipta E-book, merekacipta laman web dan grafik, perkhidmatan SEO (Search Engine Optimization), menjual peta, penempahan hotel dan juga perunding Multimedia, E-Niaga dan Pembelajaran.


Sehingga hari ini, Irfan Khairi masih bekerja sepenuh masa di keselesaan rumah menggunakan Internet sebagai sumber pendapatan bersama isteri dan sepasang cahaya mata.





Beliau menulis buku, Rahsia Internet.com: Rahsia Jutawan-Jutawan Internet Terbongkar atau Secrets of Internet Millionaires Revealed buku pertama Malaysia dilancarkan di Oxford, UK. Pada 2006 beliau menerima anugerah Young Innovation Award dari Oxford Association of Management, UK. Di samping menjadi kolumnis beberapa majalah tempatan, mengendalikan seminar dan ceramah.

No comments:

Post a Comment