Blogger Layouts

Sunday, April 10, 2011

USAHAWAN YANG BERJAYA



"Imej akan terbentuk daripada sifat yang ditunjukkan. Malahan imej diri bukan semata-mata melibatkan apa yang dilahirkan daripada gerak geri dan tutur kata malahan imej diri sebenarnya lahir daripada sifat dalaman seperti kata pepatah Inggeris,'What you see in you, is what you get!  " . 
- petikan kata dari Dato' Maznah Hamid -


"Kita jangan cepat putus asa. Putus asa boleh tapi kena cepat-cepat kuatkan semula semangat untuk bangkit balik. Jangan jadikan agama hanya satu tempat untuk kita bergantung apabila kita susah. Tanggungjawab ibadah adalah tugas seharian".
         - petikan kata dari Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary-


“Takut kepada kegagalan adalah sebab utama seseorang tidak mencapai kejayaan. Bukannya “Gagal adalah punca utama tidak mencapai kejayaan” .
  petikan kata dari Dr. Irfan Khairi-


                             

Pengalaman Berniaga Online

(1) BISNES COKLAT

 *** COKLAT BOX ***

*** LOLICHOC ***

Nisa memulakan bisness coklat di sebabkan kesukaan nisa terhadap coklat  memang tidak dapat di nafikan.. Bila nisa merajuk,mesti orang yang tersayang menghadiahkan coklat " CUDBURY MIXXED NUTS" untuk memujuk nisa..Bila dah dapat coklat memang xingat dunia...(cehwah)orang tersayang pn xingat juga...hehehe. kemudian, hari semakin berlalu dengan pantas...tiba la satu masa  yang sangat penting...(rahsia2).. kalu orang lain memotong kek..tapi k.orang hanya membeli COKLAT 4SEGI BERGRAFIK(ada pic k.orang) harr..nie contoh coklat yang sama macam nisa order(coklat jer yang sama tapi pic xsama)hehehe....
coklat sebenar yang k.owg tempah xboley di tunjuk..maaf yer..jgn marah..hehehe.TEMA k.org HITAM dan PINK..memang teruja 1st time tengok coklat yang sangat cantik dan sayang pula nak makan coklat pic sendiri..ase nak simpan buat REPLIKA tampal dekat dinding bilik jer...=)

***COKLAT 4SEGI BERGRAFIK ***

Memang sedap n cantik sangat2!!! xsangka orang yang membuat coklat k.orang nie pernah memasuki di dalam akhbar"MINGGUAN ".. Jadi,selalu juga la nisa tempah coklat terutamanya LOLICHOC BEAR untuk di bagikan  kpd adik2 nisa..hurmm..asal balik jer rumah, mesti dorang minta coklat...agaknya akak dowg nie dah mcm TOKEY COKLAT..bankrup2...hehehe xpe,janji dowg gembira,nisa pn gembira..=) Dah selalu sangat membeli coklat, mak cik tue menyuruh nisa menjual kepada kawan-kawan di USIM..wahh..dah dapat idea! bgus juga yer..ape salahnya kita berkongsi dengan orang lain pula..akhirnya, nisa menamakan bisnes coklat nisa sebagai "USIMSWEETCHOC"..alhmdllh..mendapat sambutan yang baik..

Dah lama sangat nisa menjual coklat , makcik tue menyuruh nisa belajar buat coklat pula...dia nak turunkan ilmu dia kerana mak cik tue pon dah berumur..Coklat yang mak cik tue buat memang mendapat sambutan yang hangat..tiap-tiap hari ramai yang menempah coklat termasuk di SABAH,SARAWAK ,SINGAPORE dan BRUNEI..Nisa sangat kagum tengok mak cik tue...Rezeki mak cik tue memang murah sehinggakan dapat memakai kereta MERCEDEZ BARU..(nisa dah penah naik,time tue makcik yg wt coklat tue nak belanja makan)..beshnye..mak cik tue dah anggap nisa nie anak die..ALHAMDULILLAH, SYUKUR SANGAT2..tapi nisa belum ada kesempatan masa untuk belajar (sibuk sangat2)..RUGI KN? xpe..orang kata, kalu ada rezki xkan ke mana..INSYAALLAH, nisa akan belajar buat coklat dalam cuti semester nie dan akan mengembangkan  bisness COKLAT time cuti . aminn..SEMOGA ALLAH MEMPERMUDAH DI DALAM URUSAN BERNIAGA.. biar la kita bermula secara kecil-kecilan..yang penting "PENGALAMAN YANG SANGAT BERHARGA"..

 BILA NISA DAH BOLEY BUAT COKLAT SENDIRI, JANGAN LUPA PESAN  YER !!! 
"USIM SWEETCHOC "--> SWEET, MARVELLOUS, LOVELY

(2) BISNES PERFUME ORIGINAL DARI USA
(NO IMATATIONS, NO KNOCKOFFS)

** KOLEKSI PERFUME YANG NISA ORDER DARI USA**
** HADIAH DARI YG TERSAYANG TIME BESDAY 2010**

Dari sini juga la nisa cuba untuk menjual perfume disebabkan nisa pernah mencuba dan sudah pastinya perfume nie 100% ORIGINAL ORDER DARI USA..KENAPA??? kalau order dari usa k.orang amek yang wholesale..memang murah dari HARGA SUPERMARKET contohnya KLCC, MIDVALLEY,JUSCO, KEDAI SASA dll..Kalau supermarket sini menjual SINGLE FANTASY BRITNEY SPEARS RM250 tapi kalu GIFSET harga RM300 lebey....tapi kalu ORDER DARI USA SINGLE FANTASY BRITNEYSPEARS baru RM200.. yang GIFTSET (macam pic di atas baru rm250 ade : PERFUME100ml EDP+ SHOWER GEL 100ml+LOTION 100 ml)..BERBALOI KAN?? KENAPA PERLU KITA MEMBAZIR KALU DAH TAHU ADE BNDA YANG BOLEY KITA JIMAT..tak perlu risau..nisa xakan menipu! kalu barang original, nisa akan kata original..kalu barang gred AAA, nisa akan kata gred AAA..tapi buat apa kita nak pakai perfume gred AAA.. memang sah2 perfume tue tiruan n xtahan lama..ape salahnya kita berbelanja sedikit duit, janji puas hati, wangi dan tahan lama...

PERFUME YANG CUSTOMER ORDER


GIFTSET PERFUME FABOLUSITY BABY PHAT
  CTH PERFUME YG TELAH DI ORDER DARI 
USTAZAH ASHWAQ (LECTURER USIM) 
UTK HANTARAN PERKAHWINAN JAN 2011
  SYUKRAN USTAZAH...


 INFO: KALAU SAPER2 NK ORDER BOLEY LA BUAT TEMPAHAN...BELI LA DENGAN KEYAKINAN...KALAU RAGU2 JANGAN  LA ORDER YER..SAYA XMEMAKSA..HANYA UNTUK PEMBELI YANG BETUL2 NAK SAHAJA..

(3) BISNES BAJU PENGANTIN 

MEMENANGI MPS NILAM COURT TAHUN 2009
TEMA: GOLD @ SILVER

MEMENANGI MPS JATI TAHUN 2010
TEMA: PENGANTIN" SEANGGUN RATU SEHARI"

wahh...1 bonus untuk nisa..nisa dah ada kenalan supplier yang jual baju pengantin..kalau sewa baju pengantin di butik rm 500 ke ats(perempuan sahaja)..Baju pengantin yang nk buat untuk dinner pun rm 300 lbey..Kalau nak kawin nanti,nisa ingat daripada sewa baju pengantin, baik beli @ buat sendiri jer..lagi berbaloi dan murah..Baju tue milik kita..kita boley mix n match..boley di guna juga untuk dinner ..




"BERAKIT-RAKIT DAHULU, BERSENANG-SENANG KEMUDIAN"..Bukan mudah untuk kita menceburi bidang perniagaan..Banyak cabaran dan dugaan yang perlu kita tempuh...Berpegang pada prinsip "tidak kenal erti putus asa"  bagi mengatasi segala rintangan dan cabaran..INSYAALLAH, ia akan membuahkan hasil dan terus berusaha menanganinya..Sejak dulu lagi nisa menyimpan impian memiliki bisnes sendiri . Bagi mencapai matlamat itu , nisa menjadikan USAHAWAN YANG BERJAYA sebagai INSPIRASI untuk memberi nisa motivasi dan menjadi pendorong dan pembakar semangat untuk mencontohi sifat gigih USAHAWAN YANG BERJAYA itu..Dalam kesibukan nisa untuk menghabiskan IJAZAH SARJANA MUDA BAHASA ARAB dan KOMUNIKASI yang tinggal lagi setahun, namun tidak mematahkan semangat nisa untuk berniaga...Walaupun kadang kala family memarahi nisa berniaga kerana  takut tercicir dalam pelajaran , tetapi minat yang mendalam terhadap perniagaan nisa jadikan  ia sebagai satu cabaran...biarla kita bersusah-susah dahulu mencari duit sendiri tapi pengalaman yang nisa ada ini dah cukup mematangkan nisa..sekurang-kurangnya nisa  berdikari dan mengorbankan masa  dan tenaga kerana  melayan kehendak pelanggan ketika membeli..banyak juga cabarannya contohnya ada juga pelanggan yang dah booking tapi xbayar,senyap macam tue jer..Tapi tak mengapa,jika niat kita betul , insyaallah ALLAH akan menolong kita..kita akan di permudahkan segala urusan...Biarla kita bermula dari bawah..Kita dapat belajar bagaimana pahit getir dunia perniagaan..Semoga lepas graduan, nisa dapat membuka perniagaan sendiri..aminnn....

Tips -Tips Usahawan Internet


1. Setiap orang atau sesiapa saja yang menggunakan internet adalah bertujuan mencari maklumat yang diingini, jadi mereka inginkan maklumat atau info yang boleh menyelesaikan masalah mereka
2. Bekalkan atau sediakan jalan penyelesaian atau kaedah yang berkesan untuk menyelesaikan masalah mereka.
Walaupun anda ada banyak website tapi takder trafik yang memberansangkan masuk pada website anda, maka ianya adalah sia-sia. Lebih baik anda mempunyai satu website yang mempunyai trafik yang konsisten, anda boleh meningkatkan aktiviti pemasaran dan sekaligus meningkatkan website anda. Bila ada trafik, maka ada lah jualan. No Traffic = No Sale. Betul tak?
3. Berikan komitmen dan kesungguhan kepada usaha anda menyelesaikan satu masalah tersebut. Dengan kata mudah, Stay Focus.yakni tingkatkan usaha dan berikan sepenuh tumpuan untuk satu projek sahaja.
4. Selesaikan satu projek saja dalam satu masa. Jangan melakukan banyak kerja dalam satu masa dan jangan mengikut rentak orang ramai.
5. Elakkan gangguan. Gangguan selalunya akan datang kepada kita dalam berbagai bentuk. Sama ada ketika bersama keluarga, rakan-rakan dan semasa bekerja.Masa yang berkualiti bukanlah masa yang lama tapi masa yang paling berkesan untuk membuahkan hasil usaha kita.
6. Set Minda Dengan Betul. Apa yang anda buat dan lakukan anda mesti menanam kepercayaan dahulu. Jika anda percaya dan yakin apa yang anda buat adalah jalan yang betul, maka percayalah anda telah membina keyakinan untuk berjaya dalam usaha anda.

Dr Irfan Khairi

JUTAWAN INTERNET




Irfan Khairi mendapat ijazah Sarjana Muda Multimedia Design dari Staffordshire University, United Kingdom. Selepas mendapat ijazah, Irfan telah menerima tawaran bekerja di salah satu syarikat IT terbesar di Birmingham, Netmedia (UK) Ltd [1]. Sebagai pereka sistem multimedia dan perunding Internet, beliau merupakan salah seorang daripada pasukan yang bertanggungjawab mereka cipta sistem pembelajaran Internet untuk sekolah-sekolah di United Kingdom yang dinamakan Learning Grid. Pada ketika ini, lebih dari 5,000 sekolah-sekolah di United Kingdom menggunakan sistem Learning Grid tersebut.



Oleh kerana minat dan latar belakangnya yang mendalam dalam bidang Internet dan perniagaan, beliau memulakan perniagaannya sendiri di Internet secara sambilan pada tahun 1999.





Selepas mendapati pendapatan dari perniagaan Internetnya adalah lebih menguntungkan berbanding pendapatan bekerja 9-5, beliau mengambil keputusan untuk menumpukan perhatian kepada perniagaan Internet miliknya selepas 1 tahun beroperasi.Selepas setahun beliau menumpukan kerja sepenuh masa dari rumah dengan hanya menggunakan laptop dan Internet. Dalam masa tiga tahun beliau memperoleh untung bersih RM1 juta daripada modal awal RM500 ketika berusia 25 tahun. 



Perniagaan Internet beliau di bawah nama IdeaBubble, sehingga kini telah berkhidmat untuk lebih dari 3,000 pelanggan dari serata dunia. Kebanyakannya dari USA, UK, negara-negara Eropah, hingga ke Timur Tengah, Jepun dan Australia . Antara perniagaan-perniagaan yang berjaya termasuk merekacipta E-book, merekacipta laman web dan grafik, perkhidmatan SEO (Search Engine Optimization), menjual peta, penempahan hotel dan juga perunding Multimedia, E-Niaga dan Pembelajaran.


Sehingga hari ini, Irfan Khairi masih bekerja sepenuh masa di keselesaan rumah menggunakan Internet sebagai sumber pendapatan bersama isteri dan sepasang cahaya mata.





Beliau menulis buku, Rahsia Internet.com: Rahsia Jutawan-Jutawan Internet Terbongkar atau Secrets of Internet Millionaires Revealed buku pertama Malaysia dilancarkan di Oxford, UK. Pada 2006 beliau menerima anugerah Young Innovation Award dari Oxford Association of Management, UK. Di samping menjadi kolumnis beberapa majalah tempatan, mengendalikan seminar dan ceramah.

Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary

Pendidikan - SPM 
Mula berniaga - 19 tahun (jual beli lembu dan kerbau)
 
Kekayaan -RM1,425 juta
 
Ke 8 terkaya di Malaysia
 
Ke 32 terkaya di Asia Tenggara (Forbes)
 

Tan Sri Syed Mokhtar dilahirkan di Alor Setar, Kedah pada tahun 1951. Keluarganya berasal dari Hadhramaut, Yemen. Sebelum mengambil keputusan menetap di Kedah, bapanya mengembara hingga ke Asia Tengah untuk berniaga. Seterusnya, bapanya ke Thailand. Pada pertengahan tahun 40-an, barulah bapa Tan Sri Syed Mokhtar mengambil keputusan menetap di Alor Setar, Kedah. Pada tahun 1946, bapanya mendirikan rumah tangga. 

Tan Sri Syed Mokhtar mempunyai tujuh orang adik beradik dan dia adalah anak yang ketiga. Tan Sri Syed Mokhtar hidup dalam keadaan yang serba kekurangan hinggakan rumah kayunya yang terletak di Kampung Hutan Keriang tidak mempunyai katil, meja mahupun kerusi. Ini menyebabkan beliau susah hendak menelaah.Walaupun demikian, setiap yang berlaku itu pasti ada hikmahnya. 


Tan Sri Syed Mokhtar memulakan persekolahannya di Alor Setar tetapi apabila beliau berusia 9 tahun, beliau dihantar tinggal bersama-sama dengan bapa saudaranya, Syed Omar di Johor Bahru. Beliau berada di situ dari darjah empat hinggalah ke tingkatan dua. Tan Sri Syed Mokhtar kemudiannya kembali ke kampung halamannya di Alor Setar dan menyambung persekolahannya hingga ke tingkatan lima di Sekolah Saint Micheal's.



Sebenarnya, Tan Sri Syed Mokhtar bukanlah orang yang berpendidikan tinggi. Beliau tidak pernah belajar hingga ke peringkat universiti. Namun, ini tidak bermakna beliau seorang yang tidak berilmu. Kebanyakan ilmunya diperoleh melalui pengalaman secara langsung apabila beliau bergiat dalam dunia perniagaan sejak kecil lagi. 
*** Mula berniaga ***

Pada tahun 1970-an, perniagaan binatang ternakan bapanya mengalami kemerosotan ekoran tercetusnya wabak kaki dan mulut. Wabak itu merebak ke seluruh Selatan Thailand, Kedah dan Perlis. Semua binatang ternakannya mati begitu sahaja. Sejak itu, Tan Sri Syed Mokhtar mengambil alih perniagaan bapanya dan membuat keputusan untuk tidak lagi melibatkan diri dalam bidang penternakan. Beliau mula menjual daging secara kecil-kecilan.


Sebenarnya, Beliau pergi dari pekan ke pekan di sekitar Alor Setar bagi membeli daging yang tidak terjual. Beliau kemudiannya membungkus daging itu bersama ais dan menjualnya kembali kepada peniaga Bumiputera dan restoran-restoran di sekitar Alor Setar. Beliau berjaya dalam perniagaan itu. Kejayaan itu menambahkan keyakinan beliau bagi memajukan diri dalam dunia perniagaan.


Daripada perniagaan menjual daging, beliau beralih pula kepada perniagaan pengangkutan. Pada tahun 1972, beliau berjaya mendapat permit bagi empat buah lori Kelas A. Beliau mendapat bantuan pinjaman sebanyak RM110,000 daripada pihak MARA yang digunakannya bagi membeli dua buah lori Mercedes 911LS.



Sebenarnya, seorang peniaga Cina menawarkan sejumlah wang bagi baki dua permit yang tidak digunakannya. Tan Sri Syed Mokhtar enggan dan menyerahkan permit itu kembali kepada MARA. Selepas membeli dua buah lori itu, Tan Sri Syed membuka syarikat pengangkutan yang dinamakan Syarikat Pengangkutan Sentosa dan melantik kerani Cina sebagai pengurus syarikatnya itu. 


Tan Sri Syed Mokhtar menggunakan lori-lorinya bagi memulakan perniagaan beras. Syarikat Kenderaan Sentosa masih wujud sehingga ke hari ini dan memiliki lebih daripada 40 buah lori.



Tan Sri Syed Mokhtar Shah bin Syed Nor Al-Bukhary merupakan seorang ahli perniagaan dan usahawan Melayu yang terkaya di Malaysia. Menurut majalah Malaysian Business beliau mempunyai harta bernilai RM2.93 billion pada 2005 seterusnya menjadi orang kelapan terkaya di Malaysia.Beliau merupakan anak Melayu yang kini tersenarai dalam Forbes sebagai seorang billionaire, dalam kedudukan ke 754 dunia.
SUMBANGAN TAN SERI SYED MOKHTAR AL-BUKHARY


Masjid AlBukhary terletak di Jalan Langgar Alor Setar Kedah berdekatan dengan Souq AlBukhary yang menempatkan Pasaraya Giant. Masjid yang indah ini dibina oleh Yayasan Al Bukhary yang menjadi sebahagian daripada Kompleks Al-Bukhary di persimpangan Jalan Tuan Abdul Razak dan Jalan Langgar terdiri daripada Pusat Perdagangan Souq Al-Bukhary, Pusat Rawatan/Perubatan Al-Bukhary, Pusat komuniti rumah anak-anak yatim dan warga tua dan Universiti Antarabangsa Al-Bukhary.
Kompleks Yayasan Al-Bukhary yang berkonsepkan pondok moden dibina dengan kos RM400 juta dengan keluasan 11.6 hektar dan siap sepenuhnya pada tahun 2004. Kompleks berkenaan dibina di atas tanah asal milik datuknya dan Masjid tersebut juga asalnya dibina oleh datuknya. Projek pembinaan Universiti Antarabangsa Albukhary bernilai RM500 juta yang boleh menampung 3,000 pelajar siap dibangunkan pada tahun 2009.
Pada tahun 2000, Yayasan al-Bukhary mendermakan sejumlah RM7.75 juta kepada Oxford Centre for Islamic Studies, iaitu pusat pengajian Islam yang terkenal di serata dunia. Yayasan al-Bukhary juga kini sedang membantu Institut Pembangunan Pendidikan Maju (MIED) dalam projek bagi mengasaskan Institut Perubatan, Sains dan Teknologi Asia (AIMST) di Sungai Petani, Kedah. Selain itu, Yayasan al-Bukhary juga sering mengadakan dialog peradaban bagi menggalakkan toleransi dan persefahaman antara masyarakat berbilang agama dan kepercayaan.


Penglibatan Yayasan al-Bukhary dalam projek yang dimulakan oleh bukan Islam juga terserlah. Walaupun Yayasan al-Bukhary lebih menekankan kepada projek kebajikan yang bercirikan Islam, ia tetap menyumbang kepada projek yang dijalankan oleh organisasi bukan Islam. Contohnya, Yayasan al-Bukhary menyumbang sebanyak RM satu juta bagi Projek Langkawi, iaitu projek yang dimulakan oleh MCA bagi mengumpul dana bagi menjalankan projek pendidikan di luar bandar dan juga memberi biasiswa kepada para pelajar yang kurang mampu.



Sumbangan beliau kepada khazanah seni Islam dan pembangunan pendidikan sahsiah Islam Negara amatlah tidak terhingga nilainya, seperti dengan terbina dan dibangunkan Muzium Kesenian Islam, di Jalan Lembah Perdana (sebelah Masjid Negara), Kuala Lumpur.

Tuesday, March 15, 2011

Faiza Bawumi Sayed Ahmad

BERAS FAIZA



Kalau sudah minat, umur bukan menjadi penghalang untuk berjaya. Inilah yang telah dibuktikan oleh pemilik syarikat pemborong beras Syarikat Faiza Sdn. Bhd., Faiza Bawumi Sayed Ahmad.

Ketika kebanyakan wanita yang seusianya berehat di rumah, Faiza pula sibuk merancang strategi bagi mengukuhkan kedudukannya dalam perniagaan beras di negara ini.Faiza bukan sahaja menjadi Pengarah Urusan Syarikat Faiza, tetapi turut bertungkus-lumus menentukan operasi syarikat berjalan lancar.


Wanita ini turut terlibat dalam projek kilang milik Syarikat Faiza bernilai RM14 juta di Sri Gading, Batu Pahat, di sini yang akan dibina tidak lama lagi katanya kepada Utusan Malaysia di sini.Semangat berniaga bagi wanita yang berasal dari Mesir ini telah tertanam sejak kecil lagi kerana bapanya adalah seorang peniaga kedai makanan.


Beliau tidak menyangka pengalamannya sebagai juruwang di kedai bapanya dahulu telah mendorongnya bergiat serius sebagai peniaga.Menurut Faiza, kejayaannya sekarang bukan diperolehi dengan mudah, tetapi setelah mengharungi segala cabaran selama 43 tahun berkecimpung dalam dunia perniagaan.


Menurut Faiza beliau datang ke Malaysia pada tahun 1964 kerana mengikut suaminya.Disebabkan sikapnya yang tidak betah duduk diam, dia mengambil upah menjahit sulaman dan menjual pelbagai barangan dapur.Faiza kemudian membuat rempah kari di bawah jenama Bunga Raya dan mengedarkannya di kedai-kedai.

“Sebelum saya menjual beras, saya terpaksa pergi dari rumah ke rumah bertanyakan sama ada pelanggan mahu membeli beras sekiranya saya menjualnya,” katanya.Beliau kemudian memohon lesen pemborong beras dan menjual beras pelbagai jenis termasuk ponni, basmathi, beras wangi, beras siam.


Dalam tempoh sembilan tahun, perniagaan beras keluaran syarikatnya mendapat sambutan baik.Katanya, daripada hanya dikenali di sekitar negeri Johor, jenama Beras Faiza melebarkan sayapnya ke Melaka dan Kuala Lumpur.



JUTAWAN WANITA : Datuk Maznah Hamid

SECURIFORCE SDN BHD



Dalam kesesakkan lalulintas tu, saya terpandang sebuah van sebuah syarikat keselamatan terkenal iaitu "SECURIFORCE SDN BHD" disebelah saya. Memang diakui "Securiforce Sdn Bhd" adalah antara syarikat yang menawarkan khidmat kawalan keselamatan yang terkenal di Malaysia. Antara anak syarikat dibawah "Securiforce Sdn Bhd" ialah Securiforce Electronics, Securiforce Technologies, Securiforce Transport dan Securiforce Logistics.
Bermula daripada sebuah syarikat yang menawarkan perkhidmatan kawalan keselamatan, ia telah berkembang kepada perkhidmatan kargo,pengangkutan kargo,pembekalan sistem CCTV,central monitoring,sistem kawalan kebakaran dan pelbagai peralatan elektronik.

Siapakah tulang belakang yang mengerakkan syarikat ini dengan jayanya? Mungkin ramai yang fikir tunjang utama syarikat ini adalah lelaki.Beliau adalah Datuk Maznah Hamid. Usahawan wanita bumiputra yang terkenal dengan gelaran "wanita waja" atau "iron lady". Kejayaan beliau tidak perlu disangkal lagi kerana berjaya merangkul beberapa anugerah didalam negara seperti Anugerah Tokoh Usahawan - Dewan perniagaan Melayu Kedah, Anugerah Wanita kehormat- Universiti Putra Malaysia dan pelbagai lagi.

Sedikit sejarah hidup Datuk Maznah Hamid yang boleh dikongsi ialah permulaan beliau memulakan langkah pertama dalam bidang perniagaan kawalan keselamatan. Tahukah anda beliau hanya bermodalkan RM5000 sahaja semasa memulakan perniagaan kawalan keselamatan pada tahun 1981.Pada awal pembabitan dalam perniagaan ini, beliau sendiri turun padang sebagai pekerja menguruskan operasi syarikat daripada bill collector,peronda dan pengawal keselamatan sendiri.

Disinilah sebenarnya beliau dapat melihat bagaimana operasi perniagaan ini berjalan dan segala permasalahan dapat beliau atasi dan perbaiki. Kecekalan dan kesungguhan beliau membuatkan syarikat beliau berkembang kepada 50 buah cawangan diseluruh negara dengan kelengkapan alat kawalan keselamatan yg moden dan terkini.

Kejayaan beliau memang dicemburui banyak pihak tertuamanya bagaimana beliau dapat menjalankan perniagaan tanpa sesenpun bantuan dari pihak bank. Bagi beliau, modal sebenar dalam perniagaan adalah diri kita sendiri.Beliau sangat komited dalam mendidik masyarakat tentang dunia keushawanan dan kejayaan. Penubuhan MMC (Maznah MOtivational Centre) adalah bukti kesungguhan beliau dalam mendidik masyarakat dan melahirkan ramai lagi usahawan yg berjaya.






MONA DIN

HAJABA & LESSA FORMULA


Mona Din dipilih memenangi anugerah Suasana Spa Terbaik

Pepatah berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dulu, bersenang-senang kemudian adalah paling sesuai untuk wanita bersemangat waja ini. Bukan sedikit pahit maung yang dilalui sebelum menduduki tahap selesa yang dikecap kini. Begitupun, keselesaan dan kesenangan yang dimiliki tidak pernah meletakkan beliau dalam keadaan alpa.
Malah, kesusahan yang pernah dilalui dulu dijadikan azimat pembakar semangat untuk diri melangkah ke puncak jaya di samping doa yang tidak putus terhadap Ilahi serta usaha berterusan yang cuba ditingkatkan dari semasa ke semasa demi mengukuhkan empayar perniagaan yang diceburi.

***Gigih merentas cabaran***

PASTINYA anda pernah mendengar mengenai Leesa Formula, set penjagaan badan untuk wanita yang diasaskan Mona Din, wanita yang menimba pengalaman dalam bidang pengiklanan dan kemudian beralih arah kepada bidang perniagaan selepas mengambil keputusan drastik meletakkan jawatan daripada tugas yang disandang.

Bermula dengan Leesa Formula yang diasaskan pada 2003, Mona kemudian melebarkan sayap perniagaan dengan menawarkan perkhidmatan kecantikan di salun yang dinamakan Serenity Spa. Serenity Spa mendapat sambutan menggalakkan daripada masyarakat khususnya wanita yang peka terhadap penjagaan badan dan diri. Melangkah setapak ke hadapan, Mona meneroka cita rasa pengguna busana muslim dengan memperkenalkan jenama Hajaba.

Bayangkan, dalam tempoh hanya lima tahun, Mona dan suaminya berjaya mempunyai tiga cabang perniagaan yang berbeza iaitu Leesa Formula, Serenity Spa dan Hajaba.

“Saya bermula dengan Leesa Formula dan idea untuk mengeluarkan produk itu tercetus apabila saya mengikut suami menghadiri perbincangan perniagaan beliau. Ketika itu saya masih bekerja sebagai Pengurus Pengiklanan di sebuah syarikat penerbitan. Selepas beberapa kali menemani suami, saya terlintas untuk menyertai beliau dalam perniagaan. Bagaimanapun, ia tidak semudah yang disangka kerana banyak halangan yang terpaksa dilalui,” katanya.

Ketika membuat keputusan menyertai suami menceburi bidang perniagaan atau dalam erti kata lain, menjadi majikan kepada diri sendiri, beliau belum melepaskan jawatan dengan majikan terdahulu dan perkara pertama yang mengasak fikiran beliau ketika itu ialah mendapatkan modal untuk membangunkan perniagaan yang dipilih.

“Kami memerlukan modal permulaan RM150,000, tetapi sebagai orang yang makan gaji, manalah kita ada wang sebanyak itu. Oleh itu, kami cuba dapatkan pinjaman, walaupun sudah menyediakan kertas kerja lengkap dan mengikut segala syarat yang perlu dilakukan, saya masih menghadapi kesukaran mendapatkan pinjaman. Kebanyakan institusi kewangan hanya memberikan pinjaman apabila perniagaan yang kita bina itu sudah 30 peratus dijalankan.

“Mahu atau tidak, saya dan suami terpaksa meneruskan usaha yang sudah separuh jalan dilakukan dengan menjual dua kereta yang menjadi kegunaan kami setiap hari untuk mengumpul modal permulaan. Segala persiapan ke arah membangunkan perniagaan yang dipilih itu dilakukan dalam tempoh masa setahun. Ketika ini saya belum melepaskan jawatan dengan majikan dan menunggu masa untuk melahirkan anak keenam. Segala-galanya saya lakukan berdua dengan suami,” katanya.

Hasil jualan dua kereta, jenama Estima dan BMW, ditambah wang simpanan kecemasan sebanyak RM50,000, mereka berjaya mengumpul modal untuk memulakan perniagaan yang tidak pernah dilakukan sebelum ini. Dalam kepayahan menguruskan keluarga serta anak sulung yang mengalami masalah kesihatan dan perlukan perhatian lebih, Mona nekad meneruskan.

“Saya sedar kami seperti melakukan satu pelaburan yang belum tentu hasil pulangannya namun berbekalkan keyakinan dan pasrah kepada ketentuan Ilahi, saya dan suami sepakat meneruskannya. Andai perniagaan yang dirancang tidak menjadi, keselesaan hidup yang pernah dikecapi suatu masa dulu pasti sukar berulang. Perkara itu sama sekali tidak mematahkan semangat kami.

“Saya membulatkan tekat, menguatkan diri dan terus melangkah menghadapi segala onak dan duri tanpa mahu menoleh ke belakang lagi. Itu jugalah yang saya katakan pada suami. Tidak akan ada orang yang akan menolong kami kecuali kami berusaha sendiri. Pada masa sama, anak sulung saya, Nur Salima, semakin kritikal keadaannya kerana ada lubang pada injap jantungnya yang dikesan sejak kecil,” katanya.

Dengan niat ingin menguruskan perniagaan sendiri dan memberi lebih tumpuan kepada tugas menguruskan lima anak ketika itu, Mona akhirnya melepaskan jawatan di syarikat penerbitan itu walaupun perniagaan diusahakan belum menampakkan kejayaan, jauh sekali menuai hasil.

Dalam pada itu, beliau tidak duduk diam menunggu hasil kerana baginya, setiap detik yang berlalu adalah peluang yang tidak wajar dilepaskan begitu saja.

Justeru, beliau membuat kajian dan penyelidikan berkaitan pemasaran selain apakah lagi kelengkapan penjagaan kesihatan yang diperlukan pengguna dalam usaha mencapai tahap kesihatan yang selesa.

“Bidang perniagaan yang saya ceburi memaksa saya peka dengan banyak perkara. Saya tidak boleh bekerja sendiri kerana barangan penjagaan kesihatan yang ingin dipasarkan memerlukan kelulusan banyak pihak. Secara ringkasnya, banyak tapisan perlu dilalui selain mesti mendapatkan kelulusan pihak terbabit merangkumi pengkaji, penyelidik, pihak berkuasa, pakar pemakanan dan lesen yang sah.

“Malah, sebelum dipasarkan, ujian mesti dilakukan sebelum memperoleh bukti bahan yang dijual adalah selamat. Saya juga mewujudkan garis tertentu selain panduan yang diberikan pihak berwajib terhadap mutu produk yang dikeluarkan. Saya mencuba sendiri produk itu dan jika tidak berpuas hati, ia tidak akan dipasarkan,” katanya.

Mona berkata, kerjasama yang erat dengan pakar farmasi menyumbang kepada kejayaan sesuatu produk. Selepas bertungkus lumus menghasilkan formula set penjagaan badan, terhasillah Leesa Formula terdiri daripada set ibu bersalin, set pelangsingan badan, set kecantikan kulit, set penjagaan payu dara, produk kesihatan aloe vera dan gamat, produk penjagaan tulang dan sendi, set resdung, hidung tersumbat dan alahan muka serta produk intim manjakani.

“Berkat ketekunan saya dan suami, Leesa Formula mencatat kejayaan besar apabila pada bulan pertama, kami peroleh pendapatan RM300,000 menerusi pengambilan stokis di seluruh negara dan ini dijadikan modal pusingan bagi meneruskan perniagaan.

“ Angka itu menjadi penanda aras kepada syarikat kerana selepas bulan pertama, produk Leesa Formula terus berkembang sehinggalah ke hari ini, antara produk paling laris di dalam senarai jenama tempatan di pasaran Malaysia,” katanya.

***Lebar sayap perniagaan***

SELEPAS setahun beroperasi dengan hanya produk Leesa Formula, Mona berjaya membeli sebuah bangunan kedai lot tepi di Seksyen 13, Shah Alam. Enggan bermewah, beliau memutuskan untuk menjadikan tingkat bawah bangunan sebagai ruang pejabat Leesa Formula, manakala tingkat atas dicadangkan untuk perniagaan lain iaitu pusat rawatan badan. Itulah yang membawa kepada perniagaan kedua, Serenity Spa.

Semuanya dilakukan sendiri, bermula dengan konsep dan pemilihan hiasan dalaman, sehinggalah rawatan yang disediakan. Sekali lagi Mona berhadapan dengan situasi yang agak mendebarkan menunggu sambutan pelanggan terhadap spa yang diperkenalkan. Dalam pada itu, beliau tetap memupuk usaha dan menanam azam untuk memperbanyakkan bilangan spa dalam usaha memberikan khidmat kecantikan kepada wanita yang peka terhadap penampilan diri.

“Berkat usaha gigih kami, Serenity Spa yang diusahakan juga membuahkan hasil yang manis. Sejak pembukaan spa pertama itu, saya menerima panggilan daripada beberapa hotel untuk membuka spa itu di premis mereka, tetapi sebagai orang yang baru mula bertatih dalam bidang perniagaan manalah kami ada duit untuk menyewa ruang di hotel. Saya berunding dengan pihak hotel dan Alhamdulillah kami mencapai kata sepakat.

“Bermula dari situ, Serenity Spa semakin berkembang dan kini sudah ada lapan cawangan walaupun pada peringkat permulaan pelbagai kerenah birokrasi dihadapi. Saya dan suami bermula tanpa pengalaman dalam bidang kecantikan. Justeru, kami bersama-sama belajar daripada A hingga Z mengenai titik bengik perniagaan. Turun naik pejabat pihak berkaitan sudah menjadi kebiasaan dan itulah juga asam garam yang membuatkan kami ‘kebal’,” katanya yang cukup beruntung kerana mendapat sokongan padu suami dalam apa saja yang dilakukan.

Kejayaan mewujudkan lapan cawangan spa dalam tempoh 16 bulan menyuntik semangat baru kepada Mona. Pelbagai kajian dilakukan bagi mencari maklumat yang boleh ditawarkan kepada pengguna dalam situasi kini.

Walaupun bergelar ‘tauke,’ status itu tidak melekakan dirinya, malah beliau semakin bersemangat untuk terus merebut peluang yang ada dalam bidang perniagaan.

Mona mengakui bidang perniagaan amat mencabar kemampuan sebenarnya, lebih-lebih lagi bidang perniagaan kecantikan. Ada banyak perkara yang tidak boleh dipandang ringan kerana ia membabitkan kesihatan. Jika tersilap kenyataan, kesannya amat buruk kepada perniagaan.

Serenity Spa bukan hanya terkenal di seluruh negara, malah empat daripada lapan cawangan berlokasi di hotel terkemuka iaitu di Hotel Concorde Shah Alam, Hotel Grand Bluewave, Tanjung Puteri Golf Resort dan Hotel MSuites Johor Bharu. Spa berkenaan menjadi spa tempatan terbesar di Malaysia. Kejayaan Serenity Spa diiktiraf dengan pelbagai anugerah lain apabila Mona diangkat sebagai Spa Personality of The Year Award pada Januari lalu.

“Saya berharap kemenangan saya ini membuka mata ramai, lebih-lebih lagi apabila mengenangkan pelbagai dugaan dan kerenah birokrasi yang sangat mengecewa serta mematahkan semangat usahawan seperti kami untuk terus berkecimpung dalam bidang perniagaan. Walau sukar, saya bertekad untuk melalui semua kesulitan ini atas semangat juang bagi mewakili mereka yang benar-benar mahu berjaya dan mengusahakan bidang spa dengan penuh kejujuran dan bermoral,” katanya.

Tidak puas dengan apa yang dilakukan dan berasa masih ada kekosongan yang boleh diisi dalam bidang perniagaan, Mona mengambil kira keperluan wanita muslim yang ingin tampil bergaya, tetapi pada masa sama menjaga kesopanan dan kesusilaan penampilan mereka.

Penubuhan butik Hajaba pada Mei 2008 yang dipelopori Mona ternyata diterima dengan tangan terbuka oleh pengguna busana muslimah yang menawarkan tudung, telekung, pakaian kasual, pakaian umrah, jubah dan mini jubah kepada pengguna. Sejak pembukaan pertama di Shah Alam, butik Hajaba kini sudah mempunyai enam cawangan di seluruh negara hanya dalam masa empat bulan saja.

Malah, Mona boleh tersenyum lega kerana satu cawangan Hajaba turut sebaris dengan butik bertaraf antarabangsa lain di pusat beli-belah Bangsar Village. Menariknya, seperti Leesa Formula dan Serenity Spa, Hajaba juga ditubuhkan tanpa bantuan kewangan dari bank mahupun agensi kerajaan.

Seperti sebelumnya, Mona sekali lagi bertungkus lumus melakukan hampir semua perkara sendiri tanpa bantuan dari tenaga kerja mahir. Kini tumpuan diberikan kepada Hajaba untuk mengukuhkan kedudukannya di kalangan pengguna busana muslimah.